Sep 5, 2013

2

PERSATUAN PENCAK SILAT SRI GAYONG PANGLIMA ULUNG

Persatuan Pencak Silat Sri Gayong Panglima Ulung

Nama  Guru: Ustaz Zubaidillah bin Sulaiman
Umur : 50 Tahun
Alamat Rumah: No. 25, Jejak Ulung Chalet, Kedai Z, Belakang Balai Polis Kg. Baharu, Kg. Baharu, Ayer Tawar, Lumut, 32400 Perak.
Pekerjaan: Pensyarah IPGM Perlis
Status Perkahwinan: Berkahwin Jumlah Anak : 7 orang.

         Sejarah dan Jasa Tokoh Guru Didalam Pertubuhan Ustaz Zubaidillah bin Sulaiman di lahirkan di Terengganu, merupakan salah seorang zuriat para Guru Silat dahulukala. Bapanya, Datuknya semuanya Tok Guru Silat. Ibunya Allahyarhamah Rokiah bt Jaafar juga merupakan pendekar. Keluarga Bapa dan Ibunya mewarisi ilmu daripada Tok Janggut , Jeram, Pasir Puteh, Kelantan (Pejuang Kemerdekaan). Nenekandanya Mek Kechik bt Wonik mewarisi ilmu Persilatan Puteri Saadong, Cik Siti Wan Kembang dan Keilmuan Laksamana HangTuah, Panglima Melaka dari Guru Awang Senik Pendekar Dollah. Datuk sebelah ibunya juga Tok Guru Silat yang menyebar ilmu silat di Bukit Bading, Bukit Diman, Kuala Berang, Kuala Terengganu, di kenali sebagai Tengku Putera berasal keturunan Kesultanan Melayu Pattani, Selatan Thailand. Setelah Pendekar-pendekar angkatannya tewas kepada Siam, terus berhijrah ke Terengganu. Berkahwin dengan Hairani bt Haris, zuriat (piut) kepada Panglima Mamat Che Tambah, Panglima Bugis, yang terlibat dengan Perang Saudara Klang, Selangor menyebelahi Raja Mahadi. Setelah Tengku Kudin mendapat bantuan ketenteraan British, Panglima Mamat dan Nakhoda Taib Andak memasuki Sungai Dinding dan Membuka Perkampungan, Kg Baharu, Ayer Tawar, Lumut, Perak. Nakhoda Taib Andak pula ke Segari dan diberi hak mengutip cukai di perairan pelabuhan Manjung- Segari dan Lumut. Panglima Mamat dan Nakhoda Taib Andak telah berkhidmat kepada Baginda Sultan Perak, telah Berjaya menghalau lanun-lanun disekitar Sungai Dinding, Perak. Ramai penduduk Kg. Baharu, Telaga Nenas, Pulau Pangkor dan Segari merupakan zuriat dan keluarga mereka berdua dan ahli-ahli rombongan pelayaran kapal mereka. Ustaz Zubaidillah bin Sulaiman Berjaya menggabungkan ilmu persilatan dari sebelah keluarganya dan sebelah keluarga isterinya lalu mengembangkan khazanah ilmu persilatan yang dikenali “ Perguruan Pencak Silat Sri Gayong Panglima Ulung” yang baru didaftar dengan Pesuruhjaya Sukan pada tahun 2010. Walaupun perguruan ini baru didaftarkan secara berpersatuan dengan Pesuruhjaya Sukan, beliau telah menyebarkan ilmu persilatan dalam kehidupannya lebih daripada 30 tahun yang lalu. Kini murid-murid silatnya berada di seluruh Malaysia, di Perak, Selangor,Terengganu, Perlis, Pahang,Kelantan, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Sabah, Johor dan lain-lain lagi. Semasa beliau belajar di Universiti Kebangsaan Malaysia, beliau telah diminta oleh Unit Kebudayaan mengajar Seni Silat dan dibayar elaun pada usia muda, iaitu 20 tahun bersama-sama arwah Cikgu Anuar Wahab ( Guru Utama Persatuan Seni Silat Gayong Fatani). Beliau pernah menjadi AJK Persatuan Seni Silat Negeri Terengganu (PERSILAT) yang juga sebagai PESAKA Negeri Terengganu sebelum berhijrah dan menyebar ilmu silat di Negeri Perak. Beliau kini bergiat cergas mengembangkan silat melalui Kementerian Pendidikan Malaysia di sekolah-sekolah, di Daerah Manjung, Perak.Kini beliau dilantik sebagai Exco PESAKA PERAK (baru) sebagai Naib Yang Dipertua 2. Seterusnya beliau dilantik sebagai pensyarah di IPGM bagi memperkembangkan ilmu silatnya kepada para Guru Pelatih, Kementerian Pelajaran Malaysia. Beliau juga mempunyai sijil dan pernah bertugas sebagai wasit dan Juri Pencak Silat di Kementerian Pelajaran Malaysia. Pernah menjadi Pengurus Pasukan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu dan Negeri Perak ke peringkat Kebangsaan. Jejak Ulung Chalet, merupakan rumah perguruan Persatuan Pencak Silat Sri Gayong Panglima Ulung yang dibina dengan modalnya sendiri di Kampong Baharu, Ayer Tawar, Lumut, Perak, merupakan lokasi strategik untuk membangunkan perguruan ini. Mengumpulkan anak-anak tempatan, bahkan menjadikan Jejak Ulung Chalet sebagai tempat berkursus kem pencak silat, tempat penilaian kenaikan bengkung tahunan perguruan, tempat semua murid ( ahli-ahli Persatuan Pencak Silat Sri Gayong Panglima Ulung) di seluruh Malaysia berkumpul, berhimpun dan belajar secara “pondok moden bermusim” mampu membantu pihak kerajaan mendidik para remaja dan menentukan hala tuju strategik warganegara secara sihat dan berwawasan.

Nama Pertubuhan: 
Persatuan Pencak Silat Sri Gayong Panglima Ulung

Pendaftaran (ROS):
Peringkat Kebangsaan Malaysia pada  6hb. Oktober 2011
Peringkat Daerah Manjung Perak Telah berdaftar pada 4 September 2013

Alamat Pertubuhan:
Persatuan Pencak Silat Sri Gayong Panglima Ulung, 
Jejak Ulung Chalet, Kedai Z,
Belakang Balai Polis Kg. Baharu,
Kg. Baharu, Ayer Tawar, Lumut, 32400 Perak.

No. Tel. Perguruan: 
013-4865919 (Guru Utama) / email: jujur_baik@yahoo.com

Laman Web :
 www.panglimaulung.com

2 comments:

  1. Ilmu perang fisabililah ada tak diajar dlm perguruan ni?

    ReplyDelete
  2. Boleh hubungi guru utama perguruan www.panglimaulung.com encik untuk keterangan lanjut

    ReplyDelete