KEMANGKATAN ALMARHUM BAGINDA SULTAN PERAK
Dukacita dimaklumkan Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzudin Shah, mangkat, pada jam 1.30 petang tadi. Kemangkatan Almarhum banginda diumumkan oleh Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir pada jam di Stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM) Ipoh, di sini pada jam 3.30 petang tadi. Jenazah Almahrum akan disemayamkan di Balairong Seri Istana Iskandariah Kuala Kangsar bagi maksud penghormatan terakhir pada 9 pagi oleh Pembesar Negeri dan Orang Kenamaan, oleh orang ramai jam 11 pagi hingga 2 petang, manakala oleh Sultan, Raja-Raja dan Pembesar Negara Asing pada jam 2 petang hingga 3 petang. Jenazah Almahrum akan dimakamkan di Makam Diraja Kuala Kangsar selepas solat Asar pada 29 Mei 2014. Bendera negeri Perak dikibarkan sepaeuh riang sepanjanf tempoh perkabungan selama 100 hari bermula hari ini, manakala bendera Malaysia pula dikibarkan separuh tiang selama tujuh hari. Sepanjang tempoh perkabungan tujuh hari itu, semua bentuk hiburan, keramaian dan perayaan adalah dibatalkan. Al-Fatihah
sumber fbpolisperak
0 comments: